Friday, 16 May 2014

Tip Penyusuan: Teknik Menyusukan Bayi Comei Anda

Pastikan cara menyusukan bayi adalah betul supaya bayi anda dapat menghisap (latch-on)  susu anda semaksima mungkin. Cara menyusukan bayi yang betul juga memberi keselesaan kepada si ibu dan juga bayi.




Pastikan Cara Menyusu Anda Betul

1. Anda boleh melihat sedikit bahagian dalam mulut bayi
    Lekapan bibir bayi terkeluar sedikit bukan terpekap masuk

2. Mulut bayi dan areola melekap kuat
    Keseluruhan puting payudara berada dalam mulut bayi

3. Sebahagian besar areola berada dalam mulut bayi
     Ketika menyusukan bayi, anda akan lihat sedikit sahaja bahagian areola.
     Pangkal puting tidak kelihatan kerana berada dalam mulut bayi

4. Lidah bayi berada antara gusi bawahnya dan payudara
      Sekiranya bayi melekapkan mulutnya dengan betul, lidah bayi akan terkeluar
      sedikit dari gusi bawahnya dan mengalas puting payudara daripada rahangnya.

5. Anda boleh mendengar bunyi bayi menelan
      Beberapa hari selepas dilahirkan mungkin setelah 5 hingga 10 kali menghisap baru
      anda mendengar bunyi bayi menelan. Ketika ini susu ibu adalah susu kolostrum,
      pekat dan sedikit. Apabila bekalan susu mulai banyak, anda akan mendengar
      bunyi bayi menelan yang jelas. Aktiviti menyusukan bayi  setiap payudara
      mengambil masa 5 hingga 10 minit.

6. Tidak banyak susu meleleh dari hujung mulut bayi
      Bayi menelan susu

7. Tiada bunyi klik atau Chupp kedengaran
      Bunyi ini akan kedengaran sekiranya, kedudukan lidah bayi tidak betul dan cara
      bayi menyusu tidak betul

8. Tiada bentuk melengkung pada pipi bayi ketika menyusu

      Bentuk melengkung (seakan lesung pipit) menandakan bayi tidak melekap dengan
      betul pada payudara dan cara menghisapnya terhenti ketika dia menggerakkan
      gusi dan lidahnya. Jika berlaku sedemikian, biarkan bayi melepaskan puting
      anda dan perbetulkan kembali cara menyusukan bayi. 


Anda ingin menambahkan dan melancanrkan susu anda...Jom segera dapatkan set MilkBooster shaklee dari saya.ada terdapat pelbagai set Menyusu Shaklee.

Hubungi saya: 012-7858837( yani)

No comments:

Post a Comment